ANTARA PATI berkenaan. PIX IHSAN PGA Batalion 4
ANTARA PATI berkenaan. PIX IHSAN PGA Batalion 4
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Cubaan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyusup masuk ke negara ini secara haram mengundang padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batilion 4 di

di Sungai Nipah, Sungai Haji Dorani, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batilion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, pihaknya menahan semua individu terbabit menerusi Op Benteng Covid di lokasi berkenaan jam 12.30 tengah malam.

"Hasil operasi itu, kami menahan 13 lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 41 tahun dan tujuh wanita warganegara sama berusia antara 24 hingga 40 tahun.

"Siasatan lanjut mendapati semua mereka disyaki baru tiba dari Indonesia dan masuk melalui jalan tidak diwartakan (jalan laut) dengan menggunakan bot dan seterusnya mendarat di pesisir Sungai Nipah," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Zulafendy berkata, tangkapan dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959.

"Semua tangkapan juga menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 8:19 AM