LAPAN warga Indonesia yang ditahan polis di kawasan Sungai Nipah, Sungai Besar, Sabak Bernam semalam, kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini. FOTO Ihsan PGA Batalion 4
LAPAN warga Indonesia yang ditahan polis di kawasan Sungai Nipah, Sungai Besar, Sabak Bernam semalam, kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini. FOTO Ihsan PGA Batalion 4
Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS menahan lapan warga Indonesia yang cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui jalan laut di kawasan Sungai Nipah, Sungai Besar di Sabak Bernam, jam 9 pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih Superintendan Zulafendy Hassan berkata, tangkapan membabitkan lima lelaki dan tiga wanita berusia 24 hingga 47 tahun.

"Kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) ini mendarat di pesisir pantai Sungai Besar sebelum ditahan.

"Kesemuanya dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2020 @ 1:30 PM