GAMBAR hiasan. Petugas Suruhanjaya SPR membuat persiapan sebelum berlangsung proses penamaan calon. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. Petugas Suruhanjaya SPR membuat persiapan sebelum berlangsung proses penamaan calon. FOTO Bernama
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Ini termasuk di Dewan Serbaguna Libaran yang menjadi pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, iaitu kerusi yang disandangnya sejak 1994.

Perkembangan itu bermakna Musa tidak bertanding selepas tidak berada dalam senarai BN mewakili UMNO.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 10:26 AM