GAMBAR hiasan. Petugas SPR membuat persiapan sebelum berlangsung proses penamaan calon. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. Petugas SPR membuat persiapan sebelum berlangsung proses penamaan calon. FOTO Bernama
Yun Mikail


Kota Kinabalu: Senarai 16 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek yang tular menerusi Whatsapp ketika proses penamaan calon, hari ini adalah tidak benar.

Pengurus Pilihan Raya DUN Tandek, Arnold Joibi ketika dihubungi sebentar tadi menafikan mesej tular terbabit.

Sebaliknya beliau mengesahkan hanya terdapat enam calon sahaja yang menghantar borang penamaan calon hari ini.

"Perkara itu tidak benar. Ada enam calon," katanya sementara enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, senarai tular terbabit menyenaraikan beberapa calon daripada parti yang diragui kesahihanya.

Antara parti berkenaan ialah Parti Garakan, P. B.O.S.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 12:13 PM