ANTARA calon yang hadir bersama pencadang dan penyokong. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
ANTARA calon yang hadir bersama pencadang dan penyokong. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Seramai 17 calon hadir di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Libaran untuk bertanding di tiga kerusi dalam kawasan Libaran.

Bagaimanapun, tiada kelibat Tan Sri Musa Aman kelihatan di sini dan sehingga 10 pagi tadi, bekas Ketua Menteri Sabah itu tidak hadir ke kawasan terbabit.

Musa adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

Terdahulu, ketika awal proses penamaan calon, kira-kira 50 penyokong hadir di luar kawasan dewan berkenaan.

Bagaimanapun, mereka diminta beredar untuk demi mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, setakat 10.50 pagi proses menyemak penyertaan calon masih berjalan dan wartawan masih menunggu pengumuman calon yang diterima.

Senarai penuh calon akan menyusul selepas ini.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 11:08 AM