Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),  Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (kanan) melepaskan Konvoi Bermotosikal Kempen Kibar Jalur Gemilang Merdeka Daerah Maran hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (kanan) melepaskan Konvoi Bermotosikal Kempen Kibar Jalur Gemilang Merdeka Daerah Maran hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK
Roselan Ab Malek


PIHAK berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara diminta mengeluarkan surat arahan kepada premis perniagaan supaya memasang Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan tanah air sempena Bulan

Kemerdekaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, arahan itu dilaksanakan kerana masih ramai pemilik yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.

"Saya perhatikan, masih ada segelintir dalam kalangan masyarakat yang tidak segan mengibarkan bendera lusuh dan koyak atau meletakkan Jalur Gemilang di tempat yang tidak sepatutnya.

"Memasang Jalur Gemilang bukan sahaja menjayakan sambutan bulan kemerdekaan tetapi juga sebagai tanda rakyat setia kepada negara," katanya kepada pemberita selepas Konvoi Bermotosikal Kempen Kibar Jalur Gemilang Merdeka Daerah Maran hari ini.

Beliau berkata, kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya ada dalam diri rakyat Malaysia tanpa mengira masa, malahan tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, setakat hari ini, kementeriannya melaksanakan 9,630 operasi sanitasi awam membabitkan 12,845 premis awam, kerajaan, bangunan, perumahan dan pasar raya di seluruh negara sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 5:29 PM