GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


KLUSTER Persidangan Gereja di Kuching, Sarawak yang juga satu daripada kluster terawal dikesan di negara ini sudah tamat sepenuhnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mula dikesan pada 15 Mac lalu.

Menurutnya, seramai 2,751 individu dalam kluster itu sudah disaring dan didapati 191 orang positif Covid-19.

"Seramai 12 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan terdapat tiga kes kematian dalam kluster ini.

"Kluster ini membabitkan sehingga lima generasi dari pelbagai kawasan di Sarawak," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak serta semua petugas yang memberi perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2020 @ 5:49 PM