Zuliaty Zulkiffli

LELAKI dikenali sebagai Mat Tarzan yang ditahan polis kerana menanam pokok ganja di hadapan rumahnya di Alor Setar, Rabu lalu disambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, suspek berusia 38 tahun itu direman sehingga 24 Jun depan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, suspek ditahan dalam serbuan sepasukan anggota Narkotik IPD Kota Setar selepas menerima maklumat yang suspek menanam pokok ganja itu di halaman rumahnya itu.

Hasil siasatan mendapati, suspek mengaku menanam pokok ganja itu untuk kegunaan sendiri.

Pemeriksaan lanjut di sekitar rumah polis menemui empat pokok ganja dan dibawa balik ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut.

Suspek turut mempunyai satu rekod kes lampau sebelum ini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Berita berkaitan:

  • Mat Tarzan direman tujuh hari
  • 'Mat Tarzan' ditahan tanam pokok ganja depan rumah [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 6:29 PM