KIA Grand Carnival baharu dengan ciri terkini.
KIA Grand Carnival baharu dengan ciri terkini.
Lizam Ridzuan

KIA Grand Carnival Baharu diperkenalkan dengan ciri terkini sebagai model permulaan untuk segmen Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) premium.

Dilancarkan oleh Naza Kia Malaysia sebagai pengedar utama jenama itu di negara ini selain kemasan rekaan yang menarik, ia juga menawarkan pengalaman pemanduan yang menakjubkan dan ruang dalaman kabin luas.

Ia kini ditawarkan dengan ruang dalaman yang fleksibel seterusnya menjadi laras baharu untuk segmen MPV di negara ini dengan tempat duduk yang boleh memuatkan sama ada untuk 6, 7, 8 atau 11 penumpang.

Grand Carnival Baharu dengan enjin 2.2 liter TCI diesel menjana kuasa 200PS pada 3,800rpm dan tork maksimum 440Nm daripada 1,750rpm dengan transmisi lapan kelajuan automatik.

Selain itu, untuk tampil eksklusif, ia kini ditawarkan dengan lampu hadapan projektor dan lampu kabus halogen projektor yang kini turut menampilkan pintu gelongsor kuasa elektrik pada kedua bahagian yang boleh dibuka secara manual atau elektronik.

KERUSI mudah laras.
KERUSI mudah laras.

PANEL meter pelbagai maklumat.
PANEL meter pelbagai maklumat.

Untuk menyeimbangi keselesaan, ia dipadankan dengan rim aloi 18 inci perak bersaiz 235/60 untuk kelancaran dan cengkaman lebih baik pada permukaan jalan raya.

Ciri lain yang terdapat pada model ini antaranya kluster meter LCD bersaiz 3.5 meter dan antena sirip jerung, rak bumbung baharu, tingkap automatik dengan kunci keselamatan dan skrin sesentuh 'human-machine interface' yang memuatkan Apple CarPlay dan Android Auto.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Snow White Pearl, Silky Silver, Aurora Black Pearl dan Panthera Metal.

Untuk pasaran Malaysia, Grand Carnival Baharu dijual pada harga RM179,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun jaminan pengeluar.

RUANGAN dalaman fleksibel.
RUANGAN dalaman fleksibel.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 6:15 AM