Teo Hun Siang (kiri) dan Yuen Hon Loong (kanan) dikesan SPRM berkaitan kes pemalsuan cap keluar masuk. FOTO ihsan SPRM
Teo Hun Siang (kiri) dan Yuen Hon Loong (kanan) dikesan SPRM berkaitan kes pemalsuan cap keluar masuk. FOTO ihsan SPRM
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Mereka yang dikesan adalah Yuen Hon Loong, 49, yang mempunyai dua alamat terakhir di No 27 Jalan Kota 12 Taman Kota,Yong Peng, Johor dan No 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor.

Individu kedua adalah Teo Hun Siang, 36, mempunyai tiga alamat terakhir di 3-2 Residensi Sultan Ismail No 12 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur; No 803, Pekan Baru Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, Kuala Lumpur.

SPRM dalam kenyataan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 / 03-8870 0512 atau emel ke [email protected].

Sebelum ini, menerusi Operasi khas yang dinamakan Ops Selat adalah 'sting operation' yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia memberkas 46 orang di sekitar Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Mereka ditahan mempunyai kaitan dengan pemalsuan cap keluar dan masuk negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 8:46 PM