Murni Wan Omar dan Suraya Roslan

PASAR terbuka, pagi, malam dan Bazaria yang dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun ini tertakluk untuk seluruh negara dan bukan saja di Wilayah Persekutuan.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasar malam dan pagi yang dibenarkan beroperasi terbuka untuk seluruh negara dan tidak hanya di Wilayah Persekutuan.

"Wilayah Persekutuan hanya membentang SOP (prosedur operasi standard) semalam, jadi kita bersetuju menerima SOP berkenaan dan tarikh dimohon 15 Jun.

"Jadi bila saya umum pasar malam, pagi boleh dibuka mulai 15 Jun bermakna ia untuk seluruh negara termasuk jualan 'car boot' boleh memulakan operasi pada tarikh berkenaan," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun SOP pelaksanaan pasar malam dan pagi mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri masing-masing berbeza.

"Mungkin SOP di bandar kecil berbeza di kota raya, jadi mereka (PBT) boleh ubahsuai SOP mengikut kesesuaian, tetapi 15 Jun semua boleh memulakan operasi," katanya.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli belah di pasar malam percubaan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak, 5 Jun lalu. Pasar malam percubaan pertama di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dibenarkan beroperasi  dan peniaga dan pengunjung disarankan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). FOTO Ghazali Kori

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 4:34 PM