PENYERAHAN bekalan makanan berupa ayam segar dan sayuran untuk penduduk yang terjejas atas perlaksanaan PKPD di Petaling Jaya atas usaha bersama Adun Taman Medan, MBPJ dan JKM di hentian bas Jalan Othman  Petaling Jaya. FOTO Rohanis Shukri
PENYERAHAN bekalan makanan berupa ayam segar dan sayuran untuk penduduk yang terjejas atas perlaksanaan PKPD di Petaling Jaya atas usaha bersama Adun Taman Medan, MBPJ dan JKM di hentian bas Jalan Othman  Petaling Jaya. FOTO Rohanis Shukri
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS menasihatkan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya, supaya melakukannya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bantuan barangan perlu dibuat melalui JKM supaya ia dapat diagihkan dengan selamat.

"Tiada masalah jika ada individu ingin memberi sumbangan tetapi ia perlu melalui JKM.

"Seterusnya, JKM dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan meronda dan menyampaikan sumbangan kepada pihak berkaitan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Nik Ezanee berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan pihaknya di kawasan berkenaan.

"Kerjasama yang luar biasa dari penduduk, saya harap ia akan berterusan. Saya boleh kata sekarang ini kepatuhan penduduk pada tahap 99.5 peratus.

"Hari ini dan semalam kita tidak ada rekod sebarang tangkapan individu langgar PKPD di kawasan ini," katanya.

Kawasan Pasar Jalan Othman diletakkan di bawah PKPD pada 10 Mei lalu berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 26 kes positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 2:25 PM