AMINUDDIN menyampaikan sumbangan disumbang kerajaan Arab Saudi kepada asnaf dan warga emas. FOTO ihsan pembaca
AMINUDDIN menyampaikan sumbangan disumbang kerajaan Arab Saudi kepada asnaf dan warga emas. FOTO ihsan pembaca
Mior Azlan Mior Kamarulbaid


PEJABAT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyampaikan sumbangan kepada 600 asnaf dan warga emas di Sikamat, Seremban, hari ini.

Sumbangan melalui Program Iftar Penjaga Dua Tanah Suci bagi 2020 itu disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Untuk rekod, pejabat atase menyelaraskan proses pengedaran itu dengan kerjasama Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) dan Syarikat Zepto Express Malaysia.

Program tahunan ini adalah lanjutan dari kerja amal Penjaga Dua Tanah Suci pada bulan suci di mana Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud menyumbang untuk keperluan saudara Islam di seluruh dunia.

Pada 23 April lalu, Raja Salman mengumumkan tambahan peruntukan kewangan untuk projek iftar Ramadan tahun ini yang dilaksanakan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi di 18 negara dunia dan bertujuan untuk memanfaatkan satu juta orang dengan juadah berbuka puasa.

Sementara itu, Aminuddin berkata, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Raja Salman dan Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur atas sumbangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 6:36 PM