KENYATAAN akhbar yang dikeluarkan Kementerian Luar.
KENYATAAN akhbar yang dikeluarkan Kementerian Luar.
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Luar sahkan laporan mengenai pembatalan kadar baru visa Arab Saudi yang tersebar di media tempatan dan antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi sudah menyemak maklumat itu dengan Kementerian Luar Arab Saudi dan setakat Selasa lalu, tiada dekri atau titah diraja dikeluarkan mengenai perkara itu.

Menurutnya, tiada sebarang dekri dan titah diraja dikeluarkan Penjaga Dua Masjid Suci iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berhubung perkara berkenaan.

"Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur juga memaklumkan tiada arahan terkini yang dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi mengenai pembatalan kadar baru visa itu.

"Oleh itu, pihak media serta orang ramai dipohon agar tidak mudah percaya kepada maklumat-maklumat yang belum disahkan kebenarannya bagi mengelakkan kekeliruan," katanya.

Katanya, sebarang perubahan hanya akan diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui kedutaan dan rangkaian rasmi kerajaan negara terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 10:42 AM