LAPORAN portal Harian Metro
LAPORAN portal Harian Metro
Nurul Hidayah Bahaudin


PEMANDU Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh seorang anggota polis di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 3 Mei lalu, akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kajang, esok.

Insiden kira-kira 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 44 tahun itu akan dituduh dengan empat pertuduhan.

"Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen sah.

"Selain itu, suspek juga akan dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya dan Peraturan 3(1) Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020 atas kesalahan berada di luar rumah tanpa alasan munasabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman terhadapnya berhubung siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tamat pada 8 Mei lalu.

Bagaimanapun, suspek ditahan semula pada hari sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Difahamkan suspek ditahan di lokap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sejak 5 Mei lalu selepas selesai menerima rawatan akibat kecederaan dialami dalam kemalangan berkenaan di Hospital Kajang.

Berita berkaitan:

  • Suspek langgar Safwan ditahan semula
  • Pemandu Hilux disambung reman tiga hari
  • Kerajaan Selangor zahir simpati
  • Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat
  • Pinda akta bela nasib mangsa, waris kemalangan
  • Sultan Selangor, Permaisuri zahir ucapan takziah
  • Pemandu mabuk bakal dikenakan hukuman lebih berat
  • 'Berjuta rasa' iringi perjalanan akhir Koperal Safwan
  • Suspek langgar Koperal Safwan direman
  • Jenazah Koperal Safwan selamat dikebumikan [METROTV]
  • Takziah keluarga arwah Safwan - Agong, Raja Permaisuri
  • Safwan pekerja cemerlang, disenangi semua
  • Pemergian Safwan kehilangan buat negara, Perak
  • Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat [METROTV]
  • PM ucap takziah kepada keluarga Safwan
  • Gambar terakhir Koperal Safwan buat keluarga [METROTV]
  • Kematian Koperal Safwan sangat memilukan - KPN [METROTV]
  • Polis maut dirempuh pemandu mabuk [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 6:53 PM