Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh anggota polis di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), 3 Mei lalu, disambung reman selama tiga hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, reman terhadap suspek berusia 44 tahun itu bermula hari ini hingga 13 Mei.

"Permohonan sambung tahanan reman ke atas suspek dibuat pagi tadi dan dibenarkan selama tiga hari mulai 11 hingga 13 Mei ini," katanya dalam kenyataan, di Kajang, hari ini.

Sebelum ini, Fadzil Ahmat memaklumkan suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman terhadapnya berhubung siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tamat pada 8 Mei lalu.

Bagaimanapun, suspek ditahan semula pada hari sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Sekyen 269 Kanun Keseksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Difahamkan suspek ditahan di lokap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sejak 5 Mei lalu selepas selesai menerima rawatan akibat kecederaan dialami dalam kemalangan berkenaan di Hospital Kajang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di lokasi selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipandu suspek yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Berita berkaitan:

  • Suspek langgar Safwan ditahan semula
  • Pemandu Hilux disambung reman tiga hari
  • Kerajaan Selangor zahir simpati
  • Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat
  • Pinda akta bela nasib mangsa, waris kemalangan
  • Sultan Selangor, Permaisuri zahir ucapan takziah
  • Pemandu mabuk bakal dikenakan hukuman lebih berat
  • 'Berjuta rasa' iringi perjalanan akhir Koperal Safwan
  • Suspek langgar Koperal Safwan direman
  • Jenazah Koperal Safwan selamat dikebumikan [METROTV]
  • Takziah keluarga arwah Safwan - Agong, Raja Permaisuri
  • Safwan pekerja cemerlang, disenangi semua
  • Pemergian Safwan kehilangan buat negara, Perak
  • Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat [METROTV]
  • PM ucap takziah kepada keluarga Safwan
  • Gambar terakhir Koperal Safwan buat keluarga [METROTV]
  • Kematian Koperal Safwan sangat memilukan - KPN [METROTV]
  • Polis maut dirempuh pemandu mabuk [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 12:32 PM