Nurul Hidayah Bahaudin


PEMANDU Toyota Hilux yang merempuh Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Ahad lalu, disambung reman selama tiga hari bermula semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Safwan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, permohonan sambung semula reman itu dibuat ekoran tempoh empat hari reman sebelum ini tamat semalam.

"Suspek berusia 44 tahun itu disambung reman bermula semalam sehingga 8 Mei ini untuk siasatan lanjut kes berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan kes itu disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita berkaitan:

  • Suspek langgar Koperal Safwan direman
  • Jenazah Koperal Safwan selamat dikebumikan [METROTV]
  • Pemergian Safwan kehilangan buat negara, Perak
  • Safwan pekerja cemerlang, disenangi semua
  • Takziah keluarga arwah Safwan - Agong, Raja Permaisuri
  • Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat [METROTV]
  • PM ucap takziah kepada keluarga Safwan
  • Gambar terakhir Koperal Safwan buat keluarga [METROTV]
  • Kematian Koperal Safwan sangat memilukan - KPN [METROTV]
  • Polis maut dirempuh pemandu mabuk [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 4:29 PM