HAMZAH ZAINUDIN
HAMZAH ZAINUDIN
Nurul Hidayah Bahaudin


ALLAHYARHAM Koperal Safwan Mohd Ismail diberikan kenaikan pangkat Sarjan secara 'Posthumous' berkuat kuasa mulai 3 Mei lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kenaikan pangkat itu diberikan kepada arwah bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan beliau yang memberikan sepenuh komitmen sebagai anggota barisan hadapan dalam tugasan Op Covid-19.

"Suruhanjaya Perkhidmatan Polis yang bersidang semalam bersetuju memberikan kenaikan pangkat Sarjan secara 'Posthumous' kepada Allahyarham Safwan Mohd Ismail berkuat kuasa mulai 3 Mei lalu.

"Ia bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan beliau yang memberikan sepenuh komitmen sebagai anggota barisan hadapan dalam tugasan Op Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, arwah mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Mei 2009 dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor.

"Saya sebagai Menteri Dalam Negeri sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan komited untuk menegakkan keadilan terhadap Allahyarham.

"Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada pasukan PDRM," katanya.

Dalam kejadian pada 3 Mei lalu, Safwan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek yang disyaki di bawah pengaruh alkohol berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban.

Berita berkaitan:

  • Suspek langgar Koperal Safwan direman
  • Jenazah Koperal Safwan selamat dikebumikan [METROTV]
  • Pemergian Safwan kehilangan buat negara, Perak
  • Safwan pekerja cemerlang, disenangi semua
  • Takziah keluarga arwah Safwan - Agong, Raja Permaisuri
  • Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat [METROTV]
  • PM ucap takziah kepada keluarga Safwan
  • Gambar terakhir Koperal Safwan buat keluarga [METROTV]
  • Kematian Koperal Safwan sangat memilukan - KPN [METROTV]
  • Polis maut dirempuh pemandu mabuk [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 8:15 PM