LAPORAN Portal Harian Metro
LAPORAN Portal Harian Metro
Muhaamad Hafis Nawawi


PEMANDU Toyota Hilux yang merempuh Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Ahad lalu ditahan semula selepas tempoh remannya tamat hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(b) iaitu menyebabkan kematian mangsa tanpa niat.

Menurutnya, selain itu dia juga disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.

"Reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Kajang esok dan suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sejak 5 Mei lalu selepas selesai rawatan di Hospital Kajang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harian Metro 3 Mei lalu melaporkan seorang anggota polis maut dirempuh dan dihempap sebuah pacuan empat roda ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kejadian jam 3 pagi tadi, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dirempuh berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor.

Berita berkaitan:

  • Suspek langgar Koperal Safwan direman
  • Jenazah Koperal Safwan selamat dikebumikan [METROTV]
  • Pemergian Safwan kehilangan buat negara, Perak
  • Safwan pekerja cemerlang, disenangi semua
  • Takziah keluarga arwah Safwan - Agong, Raja Permaisuri
  • Pemandu mabuk perlu hukuman lebih berat [METROTV]
  • PM ucap takziah kepada keluarga Safwan
  • Gambar terakhir Koperal Safwan buat keluarga [METROTV]
  • Kematian Koperal Safwan sangat memilukan - KPN [METROTV]
  • Polis maut dirempuh pemandu mabuk [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 4:15 PM