Foto hiasan
Foto hiasan
Amir Mamat

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kecoh berikutan cadangan pertukaran Speaker oleh pihak kerajaan.

Keadaan itu bermula apabila Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) mendakwa Speaker DUN Datuk Wira Omar Jaafar tidak layak di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Susulan itu, beberapa wakil pembangkang bangun dan membidas kenyataan Idris, selain ada antara mereka yang meminta supaya bekas Ketua Menteri Melaka itu dihalau keluar kerana menghina DUN selepas persidangan bermula 9.30 pagi hari ini.

Keadaan lebih gamat apabila Omar memaklumkan usul pihak kerajaan untuk menukar pengerusi persidangan ditolak.

Kekecohan hampir setengah jam itu menyebabkan Omar membuat keputusan menangguhkan persidangan hingga ke tarikh lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 11:24 AM