GAMBAR dimuatnaik Ustaz Kazim di akaun Facebook berkenaan tahap kesihatannya. FOTO Facebook Ustaz Kazim
GAMBAR dimuatnaik Ustaz Kazim di akaun Facebook berkenaan tahap kesihatannya. FOTO Facebook Ustaz Kazim
Balqis Jazimah Zahari


PENCERAMAH bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.

Pembantu Peribadinya ketika dihubungi berkata, Ustaz Kazim dibawa ke unit kecemasan hospital swasta di Ipoh, 2.30 petang semalam untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

"Ustaz sekarang sakit dan kurang sihat... jadi kami membawanya ke hospital semalam dan ustaz sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"Selepas balik ke rumah ustaz mengadu masih lagi berasa sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga mengembung," katanya.

Menurutnya, doktor yang membuat pemeriksaan sudah memberikan ubat gastrik dan paracetamol serta memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Ustaz Kazim dalam keadaan baik.

"Kami membawanya juga ke hospital semalam kerana bimbang ada batu karang, tetapi doktor kata tiada dan semuanya elok.

"Tetapi yang kami hairan ustaz tetap mengadu berasa terlalu sakit pada bahagian belakang," katanya.

Katanya, pihaknya akan memaklumkan kepada semua daripada semasa ke semasa berkenaan tahap kesihatan Ustaz Kazim.

Terdahulu, Ustaz Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya memuatnaik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Di dalam status berkenaan Ustaz Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikannya nasihat dan petua.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 11:18 AM