KEADAAN kereta yang merempuh pagar rumah kediaman di Taman Airport, Kapit. FOTO Ihsan bomba
KEADAAN kereta yang merempuh pagar rumah kediaman di Taman Airport, Kapit. FOTO Ihsan bomba
Erika George

PENGHUNI sebuah rumah di Taman Airport, Kapit gempar apabila pagar rumah dirempuh sebuah kereta malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu berlaku apabila kereta Perodua Kelisa dipandu seorang wanita berusia 37 tahun tiba-tiba hilang kawalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 10.40 malam.

"Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati seorang wanita tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.

Anggota bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas dan mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di kaki dan badan diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dikejarkan ke Hospital Kapit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 5:02 PM