OPERASI pencarian dua lelaki dikhuatiri lemas di rumah pam berhampiran Balai Polis Sik. FOTO ihsan bomba
OPERASI pencarian dua lelaki dikhuatiri lemas di rumah pam berhampiran Balai Polis Sik. FOTO ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli


DUA lelaki dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam kolam di rumah pam berhampiran Balai Polis Sik, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan 10.40 malam berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Faizul Izwan Hang Tuah bersama lapan anggota tiba di lokasi pada 10.48 malam.

"Setakat ini mangsa yang dilaporkan hilang dikenali sebagai Mohamad Naim Ahmad, 28, dan Farez Iskandar, 15, tahun.

"Laporan awal mendapati dua orang mangsa jatuh ke dalam rumah pam berhampiran Balai Polis Sik.

"Tindakan Komander operasi pada masa kini membuat perbincangan dengan pihak polis di lokasi dan pencarian di tebing,” katanya.

Bagaimanapun katanya, operasi mencari kedua-dua mangsa akan diteruskan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 8:11 AM