Shamran Sarahan dan Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


KES jangkitan Covid-19 tanpa gejala memang ada di negara ini tetapi jumlahnya masih kecil.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menyaring 5,164 pesakit bagi kes sedia ada seperti untuk pembedahan kecemasan atau separa kecemasan.

Katanya, mereka ini tiada gejala, tiada sejarah perjalanan ke luar negara dan tiada kontak dengan kes positif Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, kes yang positif hanya lima kes.

"Di Selangor, kita membuat saringan terhadap 5,433 kes dan hanya 10 sahaja yang positif yang mana lapan daripadanya tanpa gejala dan dua ada gejala.

DR Noor Hisham ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
DR Noor Hisham ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

"Ia hanya merangkumi 0.1 peratus. Jadi, kes tanpa gejala memang ada tetapi jumlahnya masih kecil dan apa yang pasti jika ada gejala terus ke hospital untuk membuat ujian," katanya pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes tanpa gejala, jumlah atau kuantiti virus di dalam badan pesakit masih kurang dan tidak boleh menjangkiti.

Namun, katanya, dalam tempoh sehari atau dua hari mereka mendapat gejala, ketika itulah virus di badan tinggi dan boleh menjangkiti orang lain.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 8:25 PM