INDIVIDU yang berurusan di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Kuala Lumpur dimohon tampil jalani ujian saringan Covid-19. FOTO Asyraf Hamzah
INDIVIDU yang berurusan di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Kuala Lumpur dimohon tampil jalani ujian saringan Covid-19. FOTO Asyraf Hamzah
Suraya Roslan

INDIVIDU yang pernah berurusan di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Kuala Lumpur dimohon tampil segera menjalani ujian saringan Covid-19.

Pemakluman itu dimuatnaik di Facebook rasmi Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor hari ini.

Poster dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor memaklumkan individu terbabit perlu hadir di empat Klinik Kesihatan (KK) terdekat.

"Empat klinik kesihatan itu adalah KK Kuala Selangor, Bestari Jaya, Tanjung Karang dan Jeram," kata makluman itu.

Kerajaan meletakkan Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, di Selayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 3 Mei ini.

Ia susulan 28 kes positif Covid-19 direkodkan di lokasi berkenaan dengan satu kematian membabitkan warga Myanmar berusia 36 tahun.

FOTO Facebook Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (Official)
FOTO Facebook Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (Official)

Beberapa pasar dilaporkan ditutup selepas beberapa peniaga didapati positif Covid-19 dipercayai dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

Sebelum ini Majlis Bandaraya Petaling Jaya bertindak menutup Pasar Taman Megah dan Pasar Besar Jalan Othman.

Selain dua pasar berkenaan, Pasar Awam Bahau, Negeri Sembilan turut ditutup selepas salah seorang peniaga didapati positif wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 4:05 PM