ROSLAN menerima sumbangan perlindungan peribadi (PPE), suplemen vitamin serta penutup mulut dan hidung  disumbangkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertugas.
ROSLAN menerima sumbangan perlindungan peribadi (PPE), suplemen vitamin serta penutup mulut dan hidung disumbangkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertugas.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin

BAGI memastikan anggota barisan hadapan kekal bertenaga dalam mengharungi saat getir Covid-19, sumbangan suplemen vitamin turut diberikan kepada mereka yang bertugas.

Sumbangan itu disampaikan pada Program Penyerahan pakaian perlindungan peribadi (PPE) dan suplemen vitamin dan mineral oleh Civil Defence Emegency Response Team Lion Club (CDERT LION) kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Penyerahan dilakukan kepada Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Datuk Roslan Wahab di Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA), Sungai Merab, Kajang.

Turut hadir sama pada majlis itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan PPj (PA) Ghazali Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, PPj (PA) Mulliadi Al Hamdi Ladin dan Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam, Kolonel. Bersekutu (PA) Dato Ong Theng Soon

Difahamkan CDERT LION bersama kelab Lion Antarabangsa menyerahkan barangan bantuan itu untuk kegunaan pegawai dan anggota APM semasa dalam penugasan menangani wabak Covid-19.

Sumbangan diserahkan membabitkan kuantiti lebih 1,000 botol mineral kalsium, lecithin dan multi vitamin bernilai melebihi RM100,000.

Selain itu sebanyak 100 pasang sut pakaian perlindungan peribadi (PPE), 1,500 penutup hidung dan mulut

dan 250 pelindung muka (face shiled) turut diserahkan.

Dalam majlis yang sama, Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Salman Zamri dari Briged Kesenian APM dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia, Dr Janson, pelakon Louis dan Eva turut menyerahkan sumbangan penutup mulut dan hidung, pelindung muka, cecair peluntur dan air mineral.

Turut berada dalam majlis itu adalah President Sifu Bikers Malaysia yang juga pendakwah,

Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek yang menyerahkan sumbangan pelindung muka untuk kegunaan anggota dan pegawai APM.

Dalam ucapannya, KPj (PA) Datuk Roslan Wahab mengucapkan rasa penghargaan dan jutaan terima kasih atas keprihatinan semua penyumbang terhadap anggota dan pegawai APM yang menjadi barisan hadapan (front liner) dalam menangani wabak Covid-19 bersama-sama dengan agensi-agensi lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 6:32 PM