ORANG ramai tidak meghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan Lebuhraya Persekutuan menuju ke Petaling Jaya sesak, semalam.
ORANG ramai tidak meghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan Lebuhraya Persekutuan menuju ke Petaling Jaya sesak, semalam.
Nurul Hidayah Bahaudin


TUJUH warga asing termasuk seorang wanita ditahan kerana gagal memberikan alasan munasabah mengenai pergerakan mereka dalam tujuh tangkapan berasingan Op Covid-19 di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia berusia antara 22 hingga 43 tahun.

“Kebanyakan warga asing itu ditahan di sekatan jalan raya di sekitar daerah ini selepas gagal memberikan alasan munasabah mengenai pergerakan mereka.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya turut mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada 19 individu warga tempatan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

“Tindakan itu dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Orang ramai diingatkan supaya mematuhi arahan PKP bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan lebih tegas termasuk ditahan dan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2020 @ 6:54 PM