GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Abnor Hamizam Abd Manap


TUJUH individu di Jempol dikompaun RM1,000 selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, lima individu berusia 32 hingga 45 tahun melanggar arahan PKP apabila berkumpul di hadapan sebuah rumah di Taman Matahari, Mahsan, pada 3.30 petang, kelmarin.

Katanya, dua individu lagi yang berusia 20 dan 39 tahun pula didapati bersalah apabila berkumpul di hadapan Loji Air Jambu Lapan, Bahau pada 4.30 petang, semalam.

“Kesemua individu terbabit dikompaun mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Khairiel berkata, kesemua individu terbabit diberi tempoh sehingga 21 dan 22 April ini untuk menjelaskan kompaun itu.

Katanya, sepanjang tempoh PKP ini, polis lebih tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan yang dijalankan berterusan dalam apa jua keadaan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 4:40 PM