SALLEH (dua dari kanan) bersama, ahli jawatankuasa melakukan persediaan peralatan memasak jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
SALLEH (dua dari kanan) bersama, ahli jawatankuasa melakukan persediaan peralatan memasak jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Ahmad Ismail


‘RESIPI bubur lambuk turun temurun arwah Mohamad akan kami edar kepada penduduk kampung melalui aplikasi WhatsApp,” kata Md Salleh Md Yassin, 63.

Md Salleh adalah pembantu tukang masak bubur lambuk di Masjid Jannatul Firdaus, Kampung Jawa, Mohamad Nadino, 73.

Tahun ini, penduduk kampung boleh menghasilkan sendiri bubur lambuk berkenaan selepas Mohamad dijemput menghadap Ilahi ketika menunaikan haji di Tanah Suci Makkah pada 2019.

Menurut Md Salleh, ahli jawatankuasa masjid sudah sepakat untuk mengirim resepi berkenaan melalui WhatsApp kepada penduduk kampung.

“Kami hanya menyedari arwah meninggalkan resipi turun temurun ini kepada kami selepas menemui catatan sukatan bahan digunakan untuk menghasilkan bubur lambuk di papan kenyataan di stor masjid.

“Kami percaya arwah mencatatnya beberapa hari sebelum dia dan isteri, Fatimah Elias yang berusia 66 tahun berangkat menunaikan haji,” katanya.

Menurut Md Salleh, arwah terkenal dengan gelaran ‘Cif’ dalam kalangan mereka yang membantu menghasilkan bubur lambuk.

“Kami gelar arwah sebagai Cif kerana dia yang memberi arahan berkaitan apa yang perlu dilakukan serta tugasan selanjutnya sepanjang memasak bubur lambuk.

“Kami sendiri tidak tahu tentang sukatan bahan yang digunakan. Syukur kerana arwah menyerahkan resepi ini buat kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 5:39 PM