POLIS menahan 10 lelaki di persimpangan lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar kerana ingkar PKP. FOTO IHSAN PDRM
POLIS menahan 10 lelaki di persimpangan lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar kerana ingkar PKP. FOTO IHSAN PDRM
Zuliaty Zulkiffli

POLIS menahan 10 lelaki termasuk seorang warga Pakistan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di persimpangan lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, awal pagi hari ini.

Dalam pemeriksaan pada 12.40 tengah malam, kesemua lelaki berusia antara 20-an hingga 30-an itu didapati berada di lokasi terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan itu.

Beliau berkata, seorang daripada lelaki yang ditahan berusia 38 tahun didapati memiliki dadah.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kesemua mereka yang ditahan juga disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

     

     

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 6:08 PM