Zuliaty Zulkiffli


SEORANG lelaki yang pernah ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu, ditahan kali kedua di lokasi sama di Jalan Datuk Kumbar, di Alor Setar, semalam.

Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan bersama adik lelakinya yang berusia 45 tahun ketika menaiki sebuah kereta, jam 10 malam, tanpa sebarang dokumen atau alasan munasabah.

Dia memberi alasan dalam perjalanan mengikut adiknya membantu menyelamatkan ikan kelisa peliharaan yang hampir mati menyebabkan dia terpaksa keluar malam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lelaki itu antara lapan orang berusia antara 17 hingga 51 tahun yang ditahan dalam dalam pemeriksaan mengejut di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

LELAKI berkenaan. FOTO Zuliaty Zulkiffli
LELAKI berkenaan. FOTO Zuliaty Zulkiffli

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 9:21 AM