KAKITANGAN Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melakukan operasi nyah cemar bagi mengekang penularan Covid-19 di Pasar Besar Kedai Payang pada 31 Mac lalu. FOTO Bernama
KAKITANGAN Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melakukan operasi nyah cemar bagi mengekang penularan Covid-19 di Pasar Besar Kedai Payang pada 31 Mac lalu. FOTO Bernama
Baharom Bakar


SEMUA pasar awam termasuk pasar borong di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus diarahkan tutup pada Jumaat ini.

Penutupan semua pasar dilakukan bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Shahidan Embok berkata, penutupan semua pasar itu terpaksa dilakukan bagi memberi ruang untuk operasi nyah cemar sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Menurutnya, kerja pembersihan akan dilakukan pegawai dan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT).

“Seluruh warga bandar raya ini digesa merancang pembelian barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran lebih awal.

“Penutupan pasar awam dan pasar borong itu hanya satu hari iaitu pada Jumaat,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

NOTIS penutupan semua pasar dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).FOTO Ihsan MBKT
NOTIS penutupan semua pasar dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).FOTO Ihsan MBKT

Ketika mengulas semua pasar awam di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sudah dibersihkan secara berperingkat minggu lalu, Shahidan menjelaskan, kerja pembersihan di lokasi tumpuan ramai termasuk di pasar awam akan dilakukan secara berkala.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 3:26 PM