Baharom Bakar

KERAJAAN pertimbangkan penutupan pasar basah jika masyarakat ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, masih terdapat segelintir masyarakat gagal mematuhi PKP termasuk mengabaikan langkah keselamatan ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya menjadikan pasar seperti tempat perkelahan, terutama membawa ahli keluarga untuk membeli-belah.

“Dalam keadaan penularan wabak Covid-19 yang semakin serius di seluruh negara, masyarakat diminta mematuhi langkah keselamatan seperti dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya akan mencadangkan kepada Kabinet supaya semua pasar basah ditutup jika masyarakat dan peniaga ingkar dengan arahan kerajaan, ” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pasar Borong Kampung Gong Pauh, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik; Exco kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Lawatan ke pasar itu dilakukan selepas selepas tular di laman sosial keadaan sesak terutama di bahagian menjual ikan sehingga menyebabkan timbul kebimbangan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, hasil tinjauan dilakukan mendapati keadaan tenang apabila masyarakat diarahkan beratur dan tidak dibenarkan memasuki kawasan itu secara beramai-ramai.

Tinjauan mendapati anggota penguat kuasa termasuk polis dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ditempatkan di lokasi berkenaan untuk mengawal pengguna.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, kawalan keselamatan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di pasar berkenaan akan dikuatkuasakan terutama pada setiap pagi Jumaat dan Sabtu.

AHMAD Amzad (tengah) bersama Roslee (kiri) melawat Pasar Borong Kampung Gong Pauh, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR
AHMAD Amzad (tengah) bersama Roslee (kiri) melawat Pasar Borong Kampung Gong Pauh, Kuala Terengganu, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 2:43 PM