RUMAH kosong yang dipercayai menjadi tempat menyimpan 15 bungkusan daun ketum bernilai RM10,500 di Kampung Kolam. FOTO Ihsan PGA
RUMAH kosong yang dipercayai menjadi tempat menyimpan 15 bungkusan daun ketum bernilai RM10,500 di Kampung Kolam. FOTO Ihsan PGA
Zuliaty Zulkiffli


RAHSIA sebuah rumah kosong tidak bernombor di Kampung Kolam, Padang Besar terbongkar berikutan penemuan 15 guni mengandungi daun ketum dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Kejayaan itu diperoleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 ketika melakukan rondaan Ops Wawasan Kedah/Perlis di kawasan itu pada 9.30 pagi kelmarin.

Komander PGA Briged Utara Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, tiada penghuni dalam rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Katanya, kesemua guni berisi daun ketum itu kemudian dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

“Anggaran berat keseluruhan guni berkenaan berjumlah 350 kilogram dengan rampasan bernilai RM10,500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 3:18 PM