ANGGOTA bomba melakukan kerja pemadaman kebakaran hutan dengan menggunakan pemerap api dan jet shooter di Bukit Bendera. FOTO Ihsan bomba
ANGGOTA bomba melakukan kerja pemadaman kebakaran hutan dengan menggunakan pemerap api dan jet shooter di Bukit Bendera. FOTO Ihsan bomba
Zuhainy Zulkiffli

TUJUH hektar kawasan hutan yang terbakar berhampiran tokong Tua Pek Kong di Bukit Bendera, Georgetown dipadamkan sepenuhnya, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, operasi memadam kebakaran di kawasan berkenaan ditamatkan pada 4.10 petang.

“Kerja pemadaman di kawasan seluas tujuh hektar itu membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, BBP Balik Pulau dan BBP Bayan Baru,” katanya.

SEBAHAGIAN kawasan hutan yang terbakar. FOTO Ihsan bomba
SEBAHAGIAN kawasan hutan yang terbakar. FOTO Ihsan bomba

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan kebakaran berlaku di kawasan hutan berkenaan dikesan jam 7.12 malam semalam.

Kerja memadam api menjadi sukar berikutan tiada laluan ke lokasi kebakaran dan kedudukan cerun yang curam.

Berita berkaitan

Lapan jam kawal kebakaran

Bukit Bendera terbakar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Februari 2020 @ 6:00 PM