BAYI yang ditinggalkan di baby hatch KPJ Damansara. FOTO Ihsan JKM
BAYI yang ditinggalkan di baby hatch KPJ Damansara. FOTO Ihsan JKM
Amirul Aiman Hamsuddin


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling sedang mengesan waris bayi lelaki untuk membantu urusan dokumen pengenalan diri.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Hamzalina Haris berkata, bayi lelaki itu, Ayden @ Toby Ayden yang berusia sebulan dipercayai ditinggalkan di ‘baby hatch’ KPJ Damansara pada 1 Januari lalu.

“Bayi itu ditinggalkan bersama barang keperluan bayi seperti susu, baju, lampin pakai buang serta wang RM100.

“Bayi itu kemudian dirujuk untuk tindakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling memandangkan tiada dokumen kelahiran dilampirkan bersama,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, bayi itu ditempatkan sementara di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) selama sebulan untuk siasatan lanjut.

Waris atau orang ramai yang mengenali Ayden boleh menghubungi talian 03-78422584 atau 03-78422587.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 4:28 PM