ANGGOTA bomba sedang melakukan kerja pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Semeling, Bedong.
ANGGOTA bomba sedang melakukan kerja pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Semeling, Bedong.
Nor Farhani Che Ad


OPERASI memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Semeling, Bedong, di Sungai Petani, diteruskan pada hari ketiga selepas kepulan asap dikesan masih berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, operasi hari ketiga itu berhadapan kesukaran akibat bara api kembali merebak kerana cuaca berangin dan kering di lokasi kejadian.

Katanya, seramai 20 anggota bomba membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, BBP Yan dan BBP Amanjaya masih melakukan kerja pemadaman bara api di bawah timbunan sampah itu.

“Kita terpaksa menggunakan dua jentolak milik syarikat tapak pelupusan bagi mengalihkan timbunan sampah sebelum usaha memadam dapat dilakukan.

“Beberapa peralatan tambahan seperti ‘water dam’, ‘wajax pump’ dan ‘portable esciliting monitor’ turut diguna bagi melancarkan kerja pemadaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 1.2 hektar daripada lebih empat hektar tapak pelupusan sampah itu terbakar dalam kejadian jam 4 petang, Isnin lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 5:03 PM