GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LELAKI ditemui mati dengan kesan tikaman di dada di dalam bilik sewa di Bandar Puteri, Serdang, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat dua rumah kedai yang dijadikan tempat tidur.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati bahagian bawah kedai berkenaan dijadikan restoran.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang tidak berbaju dan memakai seluar jeans.

“Maklumat lanjut berhubung mangsa masih belum diketahui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 January 2020 @ 8:31 PM