Azmi memeriksa dokumen GRO yang ditahan malam tadi. FOTO Ihsan PDRM
Azmi memeriksa dokumen GRO yang ditahan malam tadi. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


WANITA pelayan pelanggan (GRO) meraih pendapatan hingga RM60,000 sebulan hasil kegiatan melayan lelaki ‘hidung belang’ di sebuah pusat hiburan di Bandar Kinrara, Serdang.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas serbuan dilakukan anggota dan pegawai Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor di premis itu 12 tengah malam tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, pihaknya menahan 38 wanita warga asing berusia lingkungan 20-an yang disyaki bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 32 wanita warga Vietnam, tiga dari China, dua dari Indonesia dan seorang dari Laos.

“Kami turut merampas wang tunai RM1,893 dari premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Azmi berkata, pihaknya turut menahan 15 lelaki dan lima wanita yang bekerja di premis itu.

“Selain itu, kami turut memeriksa dan mengarahkan 85 pelanggan termasuk 24 wanita tempatan menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Premis itu yang pernah diserbu sebelum ini, dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak empat bulan lalu.

“Pemeriksaan lanjut menemui lubang rahsia yang disyaki digunakan untuk melarikan diri ketika diserbu.

“Difahamkan GRO di premis itu menawarkan harga khidmat layanan antara RM100 hingga RM300 bagi satu jam dengan anggaran keuntungan sebulan mencecah RM60,000,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 3:27 PM