Balqis Jazimah Zahari


KEMENTERIAN Kesihatan akan mengadakan perbincangan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), minggu hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, ia bagi membincangkan lebih terperinci berkenaan vaksin susulan jangkitan virus polio ke atas bayi lelaki berusia tiga bulan di Tuaran, Sabah.

“Pada perbincangan itu, kita akan buat perancangan terperinci bagaimana kita hendak melakukan vaksin di Sabah.

“Pertemuan itu nanti termasuk perbincangan berkenaan bagaimana kaedah dan berapa kos vaksin dapat ditanggung oleh kerajaan,” katanya ditemui pada majlis di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh hari ini.

Lee berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan UNICEF dan kerajaan Filipina bagi mengenai kos vaksin dapat ditanggung dalam kadar lebih rendah.

“Jadi, akan ada kaedah tertentu yang boleh kita lakukan dan akhirnya kos untuk vaksin itu akan ditanggung kerajaan Malaysia,” katanya.

DR Lee Boon Chye ditemui media selepas majlis di Ipoh, hari ini. FOTO Muhaizan Yahya.
DR Lee Boon Chye ditemui media selepas majlis di Ipoh, hari ini. FOTO Muhaizan Yahya.

Menurutnya, buat sementara waktu tumpuan kawalan vaksin adalah di kawasan kes polio dilaporkan.

“Seterusnya mungkin kita perlu mengkaji keperluan vaksin untuk penyakit lain di kawasan sama juga,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan 59 kanak-kanak berusia dua bulan hingga 15 tahun bukan status warganegara yang tercicir imunisasi, sudah diberikan vaksin polio bagi mengelak dijangkiti polio seperti di Tuaran, Sabah.

Berita berkaitan

Demi lindungi rakyat Malaysia

Kanak-kanak, remaja bukan warga negara diberi vaksin polio

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 3:59 PM