Bomba memadamkan kebakaran pendingin hawa di Jabatan X Ray HKL hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Bomba memadamkan kebakaran pendingin hawa di Jabatan X Ray HKL hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi


PENDINGIN hawa Jabatan X Ray Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar 20 peratus dalam kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 7.55 malam.

Komander Operasi Armdan Mahat berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Sentul, Hang Tuah dan Jalan Tun Razak dengan 50 anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran di Jabatan X Ray HKL itu membabitkan pendingin hawa yang terbakar 20 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadam anggota bomba dengan menggunakan alat pemadam api.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 10:35 PM