PULAU Pinang menyumbang  sebanyak 31.4 peratus jumlah eksport negara.
PULAU Pinang menyumbang sebanyak 31.4 peratus jumlah eksport negara.

Kuala Lumpur: Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia pada 2023 dengan sumbangan 31.4 peratus, diikuti Johor (20.3 peratus), Selangor (17.7 peratus), Sarawak (7.8 peratus) dan Kuala Lumpur (4.6 peratus).

Bagi import pula, Selangor penyumbang utama dengan 26.6 peratus, diikuti Johor (22.4 peratus), Pulau Pinang (20.7 peratus ), Kuala Lumpur (7.6 peratus) dan Kedah (5.4 peratus).

Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM2.6 trilion pada 2023 dengan nilai eksport RM1.4 trilion dan import bernilai RM1.2 trilion.

"Eksport Malaysia pada tahun 2023 mencatatkan penurunan 8.0 peratus kepada RM1.4 trillion berbanding tahun 2022.

"Penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM31.9 bilion), Selangor (-RM21.2 bilion), Sarawak (-RM20.3 bilion), Pulau Pinang (-RM20.2 bilion), Sabah (-RM17.8 bilion), Labuan (-RM7.5 bilion), Perak (-RM5.1 bilion), Pahang (-RM3.0 bilion), Melaka (-RM2.4 bilion), Terengganu (-RM1.7 bilion) dan Perlis (-RM134.1 juta)," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, menurut DOSM, eksport meningkat di Kedah RM6.2 bilion, Kuala Lumpur (+RM418.7 juta), Negeri Sembilan (+RM369.4 juta) dan Kelantan (+RM354.6 juta).

"Pada masa sama, import Malaysia pada tahun 2023 mencatatkan penurunan sebanyak 6.4 peratus atau RM82.3 bilion berbanding tahun sebelumnya.

"Penurunan import dipengaruhi oleh import yang lebih rendah bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (-RM43.8 bilion), Johor (-RM13.9 bilion), Selangor (-RM9.9 bilion), Kedah (-RM7.8 bilion), Negeri Sembilan (-RM4.5 bilion), Sarawak (-RM3.3 bilion), Perak (-RM2.7 bilion), Labuan (-RM1.3 bilion), Melaka (-RM923.3 juta) dan Perlis (-RM132.8 juta).

"Bagaimanapun, import meningkat di Kuala Lumpur (+RM5.1 bilion), Pahang (+RM1.9 bilion), Terengganu (+RM1.0 bilion), Kelantan (+RM246.3 juta) dan Sabah (+RM209.3 juta)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 9:46 AM