Laporan portal berita Harian Metro hari ini.
Laporan portal berita Harian Metro hari ini.
Khairul Najib Asarulah Khan


SEORANG lagi mangsa kemalangan di Jalan Persiaran Kewajipan menghala ke arah Subang Kelana, Subang maut hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, mangsa wanita berusia 45 tahun itu disahkan maut 9 pagi tadi ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurutnya, terdahulu mangsa yang parah di bahagian kepala menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM.

“Mayat mangsa yang juga warga tempatan turut dibedah siasat di hospital sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Laporan portal berita Harian Metro hari ini melaporkan mangsa bersama suami berusia 46 tahun yang menaiki motosikal Honda Future cedera selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover ketika menunggu lampu isyarat merah di Persiaran Murni.

Kejadian 10 malam tadi itu turut mengakibatkan seorang wanita warga Myanmar maut di lokasi manakala suaminya warga tempatan berusia 45 tahun parah di kepala dan badan serta menerima rawatan di ICU PPUM.

Anak perempuan pasangan itu yang berusia tiga tahun turut mengalami kecederaan di kepala.

Difahamkan, ketika kejadian SUV Range Rover yang dipandu penuntut berusia 20 tahun itu hilang kawalan selepas cuba mengelak pejalan kaki yang melintas lalu merempuh motosikal mangsa.

Berita berkaitan

Ratapan pilu di sisi ayah, mayat ibu

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 5:06 PM