NURUL Fahana Shahidan, 30, mengangkat tikar getah rumahnya yang rosak akibat ribut di Kampung Pida 4 Deli. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
NURUL Fahana Shahidan, 30, mengangkat tikar getah rumahnya yang rosak akibat ribut di Kampung Pida 4 Deli. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
Zuliaty Zulkiffli


“SAYA terpaksa menumpang di rumah ibu saudara buat sementara waktu disebabkan rumah saya rosak teruk dan tak boleh diduduki lagi, ” kata Nurul Fahana Shahidan, 30.

Menurutnya, rumah pusaka milik arwah datuknya di Kampung Pida 4 Deli, Mukim Jeram, di Jitra itu rosak akibat dipukul ribut dan puting beliung, 4 petang semalam.

“Sampai sekarang saya masih trauma dengan kejadian yang berlaku kerana saya nampak dengan jelas pusaran angin lalu depan mata.

“Zink yang berterbangan juga nyaris menimpa anak lelaki saya, Muhammad Ainol Farhan Mohd Azmi yang baru berusia 23 bulan ketika saya cuba menariknya dari buaian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Nurul Fahana berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun dia bersyukur kerana dia dan anaknya selamat dalam kejadian itu.

Katanya, jika dirinya hendak membaiki semula rumah itu menggunakan duit sendiri, sememangnya dia dan suami tidak mampu.

Menurutnya, ia kerana hanya suaminya yang bekerja bagi menyara keluarga dengan pendapatan yang tidak seberapa.

“Habis semua tilam, perabot dalam rumah rosak dan basah akibat hujan petang semalam, ada yang tak boleh digunakan lagi.

“Saya berharap ada pihak membantu kami untuk membaiki semula rumah ini,” katanya.

Berita berkaitan:

  • 'Sempat tarik anak dalam buaian' [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 2:05 PM