KUALA LUMPUR 19 OGOS 2019. Bangunan Utusan Melayu Berhad di Jalan Chan Sow Lin. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN,
KUALA LUMPUR 19 OGOS 2019. Bangunan Utusan Melayu Berhad di Jalan Chan Sow Lin. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN,
Mohd Hilmie Hussin


KEMENTERIAN Sumber Manusia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Utusan Melayu) susulan pemberhentian pekerja dengan memberi notis singkat.

Menterinya, M Kulasegaran berkata, tindakan Utusan Melayu memberhentikan pekerjanya itu melanggar undang-undang dan jelas tindakan yang diambil tidak betul.

“Mereka perlu mengikut undang-undang, tapi mereka tidak berbuat demikian, jadi tindakan bersesuaian perlu dilakukan,” katanya selepas Anugerah Productivity-linked Wage System (PLWS) anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, hari ini.

Sanmina-SCI Systems (Malaysia) Sdn Bhd memenangi anugerah pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPPM Khalid Jali dan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Datuk Mohd Jeffrey Joakim.

Semalam, Utusan Melayu mengarahkan kakitangannya mengambil barang peribadi dan meninggalkan pejabat kerana hari terakhir beroperasi. Arahan mengosongkan pejabat itu dibuat pada 1 petang semalam.

Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan Melayu Mohd Taufeq Razak semalam dilaporkan berkata, kakitangan kumpulan syarikat itu keliru dan terkejut dengan pengumuman yang dibuat secara tiba-tiba dan menyifatkannya sebagai tidak berperi kemanusiaan.

Berita berkaitan

Sebahagian kakitangan Utusan diserap semula

Sebahagian kakitangan Utusan diserap semula

SIP PERKESO bantu pekerja Utusan Melayu

'Kami masih keliru' [METROTV]

Kumpulan Utusan Melayu berkubur hari ini?

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 4:24 PM