PELAJAR SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dikejarkan ke HSI akibat terhidu toksik dibuang di Sungai Kim Kim berdekatan sekolah mereka, semalam.
PELAJAR SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dikejarkan ke HSI akibat terhidu toksik dibuang di Sungai Kim Kim berdekatan sekolah mereka, semalam.
Ibrahim Isa


GELOMBANG kedua kesan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, tengah hari semalam menyebabkan seramai 106 orang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Ia menyaksikan jumlah keseluruhan pesakit seramai 207 orang sejak Khamis lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 38 orang di wad HSI.

Katanya, kes itu mula dilaporkan sejak 7 Mac lalu dan Jabatan Kesihatan Negeri masih melakukan pemantauan ke atas kesan sisa toksik kepada orang awam di kawasan berkenaan.

“Sehingga kini punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berwajib dan sehingga sebelum tengah hari 11 Mac, jumlah keseluruhan pesakit yang terkesan akibat kejadian itu adalah 103 orang dengan kebanyakan pesakit dibenar pulang.

“Hanya 25 orang masih dalam pemantauan di HSI, termasuk dua pesakit di ICU.

“Bagaimanapun, tengah hari tadi (11 Mac) 2019, didapati terdapat gelombang kedua dengan majoriti kes membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih.

“Sehingga 11 malam tadi seramai 29 orang dihantar ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut, manakala 77 orang dirujuk ke HSI," katanya.

Beliau berkata, seramai 35 orang dimasukkan ke HSI untuk rawatan lanjut dan daripada jumlah itu, empat pesakit dimasukkan ke ICU.

Menurutnya, selepas 16 pesakit daripada gelombang pertama dibenar pulang, jumlah terkini pesakit masih berada di HSI adalah 44 orang (enam di ICU dan 38 di wad).

“Jumlah keseluruhan pesakit akibat kes berkenaan meningkat kepada 207 orang dan pelaporan kes menerusi notifikasi klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, kejadian ini mengakibatkan mangsa terhidu bau yang menyengit diikuti pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.

“Kedua-dua SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini ditutup semula dan kami menasihatkan pihak sekolah serta penduduk tempatan supaya mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada, sesak nafas dan disyaki terhidu atau terdedah kepada bahan kimia berkenaan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu menggunakan air terawat untuk aktiviti harian dan kerap mandi manakala pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelak kemungkinan sisa toksik terkena di badan.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan mengelak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah berdekatan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sehingga arahan seterusnya.

Katanya, orang ramai diminta mengikuti maklumat terkini kejadian daripada sumber sahih dan mematuhi arahan agensi kerajaan.

Berita berkaitan

61 dirujuk ke HSI

3 suspek buang sisa bahan kimia ditahan

Hidung keluar nanah angkara racun

Pencemaran gas: Dua sekolah diarah kosong semula

Pencemaran gas: Sekolah dibuka semula

Kakitangan HSI stabil

Sekolah terjejas pembuangan sisa kimia dibersihkan [METROTV]

Sungai Kim Kim masih tercemar

Pencemaran gas metana: JAS teliti rakaman CCTV

[UPDATE] Polis terima 5 laporan buang sisa kimia

[UPDATE] Sungai Kim Kim akan dibersihkan

Pembuangan sisa bahan kimia Sungai Kim Kim: 79 dirawat

Sisa minyak cuci kapal

Pekerja kolam pula pengsan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 12:38 AM