PASUKAN perubatan memberi bantuan kepada murid yang terhidu sisa toksik di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, semalam. FOTO Hairul Anuar Rahim.
PASUKAN perubatan memberi bantuan kepada murid yang terhidu sisa toksik di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, semalam. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Ibrahim Isa


KERAJAAN negeri Johor meminta dua sekolah yang terjejas teruk akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, supaya ditutup sementara hingga keadaan selamat.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih.

Beliau berkata, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) pada 7 Mac lalu, keputusan diambil untuk membuka semula kedua-dua sekolah pada 11 Mac.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penilaian keselamatan dibuat dan mendapati keadaan udara di kedua-dua sekolah berkenaan selamat daripada sebarang unsur pencemaran bahan kimia.

“Bagaimanapun, kejadian pagi tadi (semalam) adalah sesuatu di luar jangkaan dan amat dikesali.

“Saya meminta JPBBD memastikan sekolah berhampiran sungai berkenaan ditutup sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat untuk pelajar dan guru meneruskan sesi pembelajaran.

“Ketika ini pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melakukan kerja pembersihan bagi memastikan keadaan persekitaran dan kualiti udara selamat daripada sebarang pencemaran bahan kimia," katanya.

Osman berkata, agensi kerajaan itu berusaha mengenalpasti punca pencemaran supaya kejadian sama tidak berulang.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan tiga suspek terdiri daripada dua pemilik syarikat dan seorang pekerja dipercayai membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim ditahan pihak berkuasa dan akan didakwa dalam masa terdekat.

“Kerajaan Negeri menerusi agensi berkaitan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak bertanggungjawab membuang bahan kimia ke sungai sehingga mengakibatkan berlakunya pencemaran sisa kimia yang menjejaskan alam sekitar dan membahayakan nyawa penduduk setempat," katanya.

Berita berkaitan

Gelombang kedua toksik jejas 106 mangsa

61 dirujuk ke HSI

3 suspek buang sisa bahan kimia ditahan

Hidung keluar nanah angkara racun

Pencemaran gas: Dua sekolah diarah kosong semula

Pencemaran gas: Sekolah dibuka semula

Kakitangan HSI stabil

Sekolah terjejas pembuangan sisa kimia dibersihkan [METROTV]

Sungai Kim Kim masih tercemar

Pencemaran gas metana: JAS teliti rakaman CCTV

[UPDATE] Polis terima 5 laporan buang sisa kimia

[UPDATE] Sungai Kim Kim akan dibersihkan

Pembuangan sisa bahan kimia Sungai Kim Kim: 79 dirawat

Sisa minyak cuci kapal

Pekerja kolam pula pengsan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 12:54 AM