ADI Shahazil bersama Hasrafidah gembira sambut anak merdeka. FOTO Hasriyasyah Sabudin
ADI Shahazil bersama Hasrafidah gembira sambut anak merdeka. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Raja Noraina Raja Rahim

SURI rumah, Hasrafidah Ismail, 37, bersyukur menimang bayi perempuan yang lahir pada Hari Kebangsaan semalam.

Lebih menggembirakannya, bayi itu dikurniakan Allah selepas 16 tahun menimang anak sulung.

Katanya, dia dan suami, Adi Shahazil Md Jamil, 43, begitu inginkan anak kedua dan bersyukur doa mereka dimakbulkan walaupun lama menunggu.

“Sebaik doktor memberitahu kemungkinan bayi bakal dilahirkan pada Hari Kebangsaan, saya dan suami gembira tetapi tidak terlalu berharap.

“Jam 11 pagi semalam (kelmarin), saya mula rasa sakit hendak bersalin. Proses kelahiran berjalan lancar dan jam 1.40 pagi, bayi perempuan selamat dilahirkan secara normal dengan berat 2.60 kilogram (kg),” katanya di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) semalam.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, 18 bayi Hari Kebangsaan dilahirkan di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 6:45 AM