Syed Saleh (dua dari kiri) ketika melancarkan Kempen Kebersihan Masyair Maktab 80 di Mina.
Syed Saleh (dua dari kiri) ketika melancarkan Kempen Kebersihan Masyair Maktab 80 di Mina.
Yusri Abdul Malek


SETIAP kali selesai musim haji terutama di Mina, sampah sarap terutama botol minuman pasti akan berlambak seolah-olah menunjukkan sikap umat Islam yang tidak mementingkan kebersihan.

Justeru, Tabung Haji (TH) mengambil inisiatif sejak dua tahun lalu melancarkan Kempen Kebersihan Masyair di Maktab 80 di Mina di Makkah.

Malah, maktab itu juga dipilih kerajaan Arab Saudi untuk kempen 'Green Haj'.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, kempen itu bertujuan menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan maktab jemaah di khemah di Mina dengan cara mengasingkan barang yang hendak dibuang.

"Green Haj adalah inisiatif kerajaan Arab Saudi melalui pihak Muassasah Asia Tenggara dan tahun ini mereka memilih beberapa maktab termasuk maktab 80 mewakili Malaysia dan empat lagi adalah maktab jemaah haji Indonesia.

"Saya berharap jemaah haji Malaysia sebelum meninggalkan Mina mereka dapat membersihkan khemah mereka dengan sebersihnya," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Kempen Kebersihan Masyair.

Turut hadir Ketua Muassasah Asia Tenggara Sheikh Emad Fatani dan Rais Maktab 80, Ali Hussin Bondagji.

Syed Saleh berkata, Kempen Kebersihan Masyair yang dilaksanakan Malaysia sejak tahun lalu juga akan menjadi tambah nilai kepada kempen 'Green Haj' itu.

Lagi berita berkaitan Wasilah Haramain

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 1:11 PM