Dua individu termasuk Pengerusi PKR direman empat hari bagi membantu siasatan kes penyebaran video lucah. FOTO Hafiz Sohaimi
Dua individu termasuk Pengerusi PKR direman empat hari bagi membantu siasatan kes penyebaran video lucah. FOTO Hafiz Sohaimi
Mohd Azam Shah Yaacob dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


DUA individu direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan salah seorang individu yang direman ialah Pengerusi PKR di sebuah negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dua individu itu direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Seorang lagi lelaki yang ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Huzir berkata, individu yang direman itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, pada 2.30 petang semalam, individu berusia 37 tahun ditahan bersama dua individu di sekitar Johor Bahru.

Ahad lalu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku seorang daripada dua lelaki dalam video lucah itu ditahan bersama lima lagi lelaki di Lembah Klang.

Haziq bersama lima lelaki itu direman enam hari.

Berita berkaitan

Isu video: Tiga lagi ditahan

Isu video: Haziq ditahan kali kedua

[UPDATE] Haziq direman enam hari

Polis siasat ketulenan video lucah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 4:31 PM